Mesra Ria SABAH fm di Tuaran mendapat sambutan yang di luar jangkaan. Seramai lebih seribu orang mengunjungi program tersebut sempena Karnival Budaya dan Tamu Besar Tuaran 2007 yang berlangsung pada 30 Disember tahun lalu di Padang Pekan Tuaran. Istimewanya program SABAH fm yang juga penutup tirai 2007 ialah telah mampu membawa siaran secara langsung temuramah khas Y.A.B Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman Ketua Menteri Sabah.
Pelbagai aktiviti diadakan semasa program tersebut berlangsung antaranya Pertandingan Karaoke, Kerusi Berirama, Pertandingan Solekan, Pertandingan Lenggang Gelung, Boling Kelapa, Sepakan Penalti dan banyak lagi. Antara penyampai SABAH fm yang terlibat dalam Mesra Ria SABAH fm tersebut Mohd. Rasol Mat Seman, Florence John Luan, Mohd. Azzry Abdullah, Abdul Kahar Omar, Ruskap Hj. Muaram, Hidayati Lasimin, Yusrino Yusof, Rosnah Jalkul, Awang Selamat Eton, Ramhanizan Jahamin, Zarith Sofea Daud dan turut hadir Timbalan Pengarah Rancangan Radio RTM Kota KinabaluTuan Hj. Hashim Jaffrey, Jaafar Jaidin Pengawal SABAH fm dan Jali Jambolt Penolong Pengawal (Siaran) SABAH fm juga turut memeriahkan program itu ialah Rey (Juara Bintang RTM Suara Emas 2006) dan Dayang Nurul Fatihah (Naib Johan Bintang Klasik Nasional 2006). Program ini akan diteruskan pada tahun ini ke beberapa daerah di negeri Sabah.

TPR(Radio) RTM KK, Tn. Haji Hashim Jaffrey sedang menerangkan sesuatu kepada Setiausaha Akhbar Y.A.B TPM sambil diperhatikan oleh En. Jaafar Jaidin (Pengawal SABAH fm)dan En. Jali Jambolt (Pen. Pengawal SABAH fm)