Sepatah kata disiarkan setiap hari pada 6.10 pagi di SABAH fm dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) .
LONCOS
     Kata loncos bererti tirus ke hujung, runcing, lancip, atau runjung.
PEREH
     Kata pereh bererti terlalu letih sehingga tidak berdaya, keadaan terhuyung hayang kerana kepenatan.
SANGGAT
     Kata sanggat bererti terkandas, terdampar atau tersangkut.
KILAH
     Kata kilah bererti tipu daya atau tipu muslihat.
UNTING
     Kata unting bererti seikat atau segabung, berkenaan tali dan benih padi dan lain-lain atau seberkas.
UNGSI
     Kata ungsi bererti perbuatan berpindah ke tempat lain supaya selamat.
BANGKUT
     Kata bangkut bererti tidak mahu menjadi besar, kerdil.
PERIBAHASA
Belajar Peribahasa disiarkan setiap hari isnin hingga sabtu pukul 9.30 pagi di SABAH fm.