Senamrobik anjuran Puspanita RTM Sabah mulai tahun 2008 akan diadakan setiap hari rabu seawal 6.30 pagi di pekarangan hadapan Bangunan utama RTM KK. Program tersebut yang terbuka kepada semua AJK Puspanita RTM Sabah dan kakitangan RTM bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli puspanita dan kakitangan. Beberapa anggota SABAH fm turut serta dalam program tersebut yang telah mula berlangsung pada 9 Januari yang lalu.Mereka ialah Cik Any Rozita Abdul Mutalib Penolong Pengawal SABAH fm (Penerbitan), Hjh. Nafsiah Bubin, Florence John Luan, Mohd. Rasol Mat Seman dan Inung Sidun. Turut hadir dalam program itu Datin Faridah Rita Kisil selaku pengerusi Puspanita RTM Sabah.