Tugas dan peranan Sabah fm.
1. Sebagai penyebar maklumat rasmi kerajaan.
2. Sebagai entiti kerajaan beroperasi atas tanggungjawab sosial kepada rakyat tanpa menghitung pulangan ringgit dan sen tidak seperti stesen swasta yang hendakkan keuntungan semata-mata.
3. Rancangan berkonsepkan perpaduan nasional, kesenian, kebahasaan, keagamaan sekaligus menyebarkan maklumat kerajaan dengan mendidik, memberitahu dan menghibur dan kepada rakyat (pendengar / penonton)
4. Mebina masyarakat bermoral berlandaskan nilai timur dan membentuk pembinaan bangsa serta berakhlak dan bersatu padu untuk mencapai wawasan negara cemerlang, gemilang dan terbilang.
Objektif siaran SABAH FM.
1. Menggerakkan fikiran rakyat, khususnya masyarakat tempatan yang terdiri daripada berbilang kaum supaya mengubah pandangan dan cara hidup mereka agar bersesuaian dengan tujuan dasar-dasar kerajaan.
2. Memberikan liputan yang bersesuaian secara tepat, cepat dan lengkap terhadap satu-satu peristiwa dengan maksud membekalkan maklumat dan penerangan kepada rakyat.
3. Melaksanakan kempen-kempen publisiti kerajaan secara meluas dan intensif menerusi rancangan-rancangan dalam Rangkaian Nasional.
4. Mengadakan bahan-bahan yang sesuai untuk ilmu pengetahuan am, penerangan umum dan hiburan.
Piagam Pelanggan Sabah FM
Kami berjanji:-
1. Mengadakan siaran Radio 24 jam sehari
2. Menyiarkan rancangan-rancangan yang berkualiti, berbentuk hiburan, agama, drama, rencana, majalah, sukan, siaran langsung dan rancangan-rancangan untuk wanita, kanak-kanak dan remaja.
3. Menyampaikan rancangan secara mesra, berbudi bahasa dan berwibawa.