Sempoa ialah alat untuk menghitung yang digunakan dalam ilmu kira-kira .Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani "abax" yang bererti papan atau meja .Sempoa moden diperbuat daripada bingkai manik dan batang-batang itu dilekatkan pada sebuah bingkai dan setiap batang menunjukkan kedudukan dalam sistem perpuluhan .setiap satu batang menunjukkkan satu unit ,perpuluhan ,ratusan hinggalah seratus juta. Manik-manik yang digunakan sebagai pengira dipisahkan oleh palang pemisah. Jumlah setiap manik pada setiap batang sebelah atas ialah lima dan satu bagi setiap manik di sebelah bawah. Sempoa masih lagi popular di kalangan ahli perniagaan cina walaupun mesin pengira moden telah diperluaskan penggunaanya pada hari ini.
Keunikan Telur
        Telur merupakan satu contoh binaan yang paling unik dan sempurna .Kekuatannya bergantung kepada yang bentuknya yang sama dengan seperti kubah atau gerbang melengkung sebagai sokongan .Kulitnya tidak dapat dipecahkan sekiranya kita hanya menggunakan dua jari .Kalsium karbonat yang ada pada kulit pula membekalkan makanan pada anak ayam yang sedang membesar di dalamnya. Albumen atau telur putih penting untuk tumbesaran embrio kerana mengandungi pelbagai protein . Putih telur bertindak sebagai penebat sekiranya berlaku pada perubahan suhu di luar kulit.
Wau
        Tahukah anda terdapat tiga kategori Wau iaitu wau untuk bermain, berhibur atau pertandingan dan wau sebagai barang perhiasan. Permainan ini amat terkenal dikalangan masyarakat pantai timur selepas musim menuai. Permainan wau dimainkan sebagai hiburan untuk mengisi masa yang terluang ,pertandingan wau turut diadakan supaya permainan ini menjadi lebih popular dan terus diwarisi. Tahukah anda apabila wau diterbangkan , ia juga turut dilengkapkan dengan bunyi.
Nama asal bagi Kota Marudu?
        Bandau adalah nama asal bagi daerah Kota Marudu. Nama ini telah digunakan sejak sebelum Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia, sehinggalah tahun 1974. Menurut lagenda daerah ini, Bandau adalah terbitan daripada perkataan 'Mondou' daripada diaiek suku kaum Kadazan bermaksud sejenis hantu yang seakan-akan kerbau bentuknya. Mondou ini dipercayai suatu masa dahulu sering dijumpai di sepanjang sungai Bandau. Pemilihan nama Kota Marudu menggantikan Bandau adalah sempena kewujudan sebuah kota/kubu yang terletak di Teluk Marudu yang digunakan oleh Sharif Osman dan pengikut-pengikutnya dalam peperangan menentang penjajah Inggeris sekitar tahun 1900. Pada hari ini kubu dan makam Sharif Osman masih terdapat di Kampung Marudu.